CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, February 4, 2009

PENDAFTARAN PPIK TERBUKA


PENDAFTARAN TEBUKA
TEMPAT : DEWAN SUNGAI ACHEH
PADA : 23/JAN/2009 ( JUMAAT )
JAM : 2.30 PETANG







Tujuan pendaftaran ini adalah untuk menambah para perserta menyertai bengkel ict yang akan di adakan pada setiap minggu, disamping itu dapat pendedahan tentang komputer dan ict,
pendaftaran ini terbuka kepada semua golongan,tidak kira samaada golongan warga emas,pelajar,suri rumah,belia guru-guru dan sebagai nya.

pada hari pendaftaran tersebut sambutan sangat mengalakkan dan memberangsangkan, terdapat 400 orang perserta yang mendaftar pada hari pendaftaran itu di buka.





Wednesday, January 7, 2009

PROJEK KRAFTANGAN BATIK

PROJEK KEUSAHAWAN



Bengkel Batik Tulis di Kampung Sungai Acheh telah beroperasi pada tahun 2001 iaitu hampir lapan tahun. Perusahaan ini bermula hanya dengan menghasilkan baju pasang, tetapi kini produk sampingan dari batik juga turut dihasilkan.

Menurut Siti Maryam Ahmad selaku pekerja di bengkel ini, beliau telah mempelajari kursus berkaitan pembuatan batik bermula di Lembaga Kemajuan Wilayah Pulau Pinang (PERDA) selama enam bulan. Seterusnya menyambung lagi kursus yang sama di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia selama setahun. Beliau juga turut dibantu seorang lagi pekerja di bengkel tersebut,disamping itu saya selaku penyelia ppik sungai acheh telah bercadang dengan pengusaha batik iaitu Puan Siti Maryam Bt Ahmad untuk membuat sesuatu projek usahwanan iaitu untuk menjual kraftangan dan memodenkan reka cipta batik.

Objektif :-projek keusahawanan ini adalah bertujuan untuk memperluaskan hasil ciptaan batik di sungai acheh ini di pasaran dunia.

Misi:- projek ini adalah untuk memperkenalkan batik dan memodenkan hasil ciptaan batik.

peranan ppik :- ppik berperanan membantu mengadakan mesyuarat dengan ahli-ahli kelab ppik untuk membantu puan maryam merancang dan melaksanakan projek usahawan kraftangan batik ini. selain itu peranan ppik juga membantu membuat promosi seperti flyers,templet dan sebagainya.

perancangan : membuat kraftangan rekacipta hasil daripada batik seperti frame gambar,cenderamata kotak pencil , beg tangan , beg hanpohne, menjual baju-baju bercorak batik dan menjual kain batik sutera dan sebagainya.

kain yang telah di siap, untuk di pasarkan

beg batik yang telah di hasilkan

baju yang telah siap di tempah oleh pelanggan

membungkus tempahan baju yang telah di tempah
oleh pelanggan

di antara hasil kraftangan yang telah siap untuk
di jual

pelbagai kraftangan moden yang telah di hasil kan

terdapat pelbagai kraftangan seperti,
kotak hadiah,cendera mata,
frame gambar,beg tangan,dan sebagai nya.

Monday, November 24, 2008

KAMPUNG SUNGAI ACHEH

Pekan Sungai Acheh yang begitu banyak sejarah

BENGKEL ICT

SEMINAR BENGKEL ICT PPIK SUNGAI ACHEH
DI BERI TAKLIMAT PERCUMA

Objektif

i) Memberi pendedahan awal berkenaan komputer kepada setiap golongan komuniti khasnya komuniti dewasa luar bandar.

ii) Menjana kesedaran dan menambah minat komuniti khasnya luar bandar terhadap kepentingan pengetahuan teknologi maklumat disemua peringkat golongan khasnya golongan dewasa.

iii) Menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan,perkongsian ilmu dan pengalaman

iv) Mendedahkan pembelajaran komputer yang jarang dipelajari di mana-mana institusi pembelajaran komputer.

v) Menyediakan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dianjurkan oleh pihak komuniti seperti pertubuhan,persatuan,kelab, JKKK kampung serta pihak sekolah.

vi) Mempromosikan program PPIK yang tersedia ada di tempat yang berdekatan

vii) Menyedarkan komuniti akan kepentingan PPIK kepada seluruh masyarakat.

SEMINAR BENGKEL ICT
TEMPAT :D/A DEWAN SUNGAI ACHEH
JAM : 8.00 MALAM - 10.30MALAM
TARIKH : 15/11/2008


GAMBAR DIBAWAH SEMASA SEMINAR ICT BERLANGSUNG

seminar ict mendapat sambutan, lebih dari 80 orang yang
daftar pada malam seminar tersebut,tengok la ramai yang hadiir..
semangat sungguh !!!!



tengok la tu ada yang sampai tertidor hehehe......al-maklum la buat
bengkel pun malam kan, mesti la mengantuk

kenapa bangku di depan ni kosong???hehehee
mungkin mereka takut kot kena tanya,
semua pakat dok belakang..hahahah


Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari seminar ict pada malam itu,terharu saya tengok ramai yang menyokong saya, pada mulanya saya ingat malam tu tak ada orang yang datang....tunggu punya tunggu sampai pukul 8.30 tak ada orang, saya ingat saya dah gagal...tak pe sabarkan separuh daripada iman kita , jadi saya tawakal je la apa akan berlaku pada malam tu, jam pada masa tu hampir pukul 9.00 malam...Nasib baik la ada yang datang jugak,ada yang solat isyak dulu..maklum la saya pn lupa mula seminar tu awal sangat semangatla katakan...heheh..tapi al-hamdulilah ramai yang beri semangat kepada saya menjaya kan seminar pada malam teserbut,sebagai penghargaan kepada mereka yang hadir saya benarkan mereka melawat ppik saya ....secara percuma heheheh......apa-apa pun sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang menyokong saya dan memberi semangat kepada saya untuk membangunakan modal insan dan merapat kan jurang ict yang kurang pendedehan... akhir kata "zaman dah maju,dunia dah berubah"


SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH

Sungai Acheh adalah merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Nibong Tebal,Seberang Perai Selatan dimana ianya bersempadan dengan Negeri Perak. Penduduk kampung Sungai Acheh ini telah menceritakan bahawa asal kampung ini mendapat nama adalah daripada kesan kedatangan pedagang-pedagang dari Aceh,Sumatera Barat Indonesia.
Mengikut cerita orang tua-tua,tempat ini kawasan pendaratan orang Aceh pada awal 1990. Bukti penempatan orang Aceh seperti kehadiaran hiasan bunga kerrawang dari negara jiran itu jelas mengukhuhkan cerita berkenaan.

Kesan daripada kedatangan pedagang-pedagang Aceh yang sering ulang –alik untuk berniaga dan juga sesetengah daripadanya yang berkhawin dengan penduduk kampung ini. Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “SUNGAI ACHEH “ ini adalah kerana sebagai menghargai jasa baik dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedangang-pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan
kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.

Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pedagang-pedagang ini telah karam di dasar sungai. Akibat daripada kesan permulihan jangka panjang tongkang tersebut telah di biarkan begitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak. Selain dari kampung Sungai Acheh,ada lagi kampung –kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulanya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Bakau, Sungai udang, Sungai Air Hitam, dan Sungai Chenaam. Kesemua kampung-kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan kampung Sungai Acheh.

Thursday, November 6, 2008

AKTIVITI KOMUNITI (PETA DESA) SUNGAI ACHEH

PETA DESA


Objektif :
memahami desa sendiri dari segi masalah, potensi,sumber dan lain-lain.
mendapat gambaran mengenai peranan,hubungan dan interaksi antara individual atau kelompok dengan warga kampung, memahami dari segi informasi dan berkomunikasi di dalam komunti setempat.



AKTIVITI KOMUNITI PETA DESA
TEMPAT : D/A DEWAN MASYARAKAT
PERDA SUNGAI ACEHEH
JAM : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
TARIKH : 23/10/2008 ( KHAMIS )

GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN AKTIVITI SEDANG DI JALANKAN:



para perserta sedang berbincang mengenai peta desa,
nampak macam khusyuk je meraka ni...



semangat betul mereka ni buat peta desa sampai
tak pandang kamera... heheh


tu lah saya...heheh ( tunjuk cara-cara melukis peta desa
kepada salah seorang perserta)


TAHNIAH!!!!! saya ucapkan kepada penduduk kampung Sungai Acheh kerana telah menunjukkan komitmen dan sudi meluangkan masa bersama-sama membuat peta desa,disamping itu mereka juga dapat mengiratkan silatulrahim antara satu sama lain dan mereka dapat berkomunikasi sesama mereka....SYABASSSS!!!!!!








Ppik Sungai Acheh

Bangunan PPIK Sungai Acheh



Suasana ppik sungai acheh

D/A : Dewan Masyarakat Perda Sungai Acheh
14310 Nibong Tebal,
Seberang Perai Selatan
Pulau Pinang.