Monday, November 24, 2008
Posted by Mariaton Bibi at 7:12 AM 0 comments
BENGKEL ICT
SEMINAR BENGKEL ICT PPIK SUNGAI ACHEH
DI BERI TAKLIMAT PERCUMA
i) Memberi pendedahan awal berkenaan komputer kepada setiap golongan komuniti khasnya komuniti dewasa luar bandar.
ii) Menjana kesedaran dan menambah minat komuniti khasnya luar bandar terhadap kepentingan pengetahuan teknologi maklumat disemua peringkat golongan khasnya golongan dewasa.
iii) Menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan,perkongsian ilmu dan pengalaman
iv) Mendedahkan pembelajaran komputer yang jarang dipelajari di mana-mana institusi pembelajaran komputer.
v) Menyediakan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dianjurkan oleh pihak komuniti seperti pertubuhan,persatuan,kelab, JKKK kampung serta pihak sekolah.
vi) Mempromosikan program PPIK yang tersedia ada di tempat yang berdekatan
vii) Menyedarkan komuniti akan kepentingan PPIK kepada seluruh masyarakat.
ii) Menjana kesedaran dan menambah minat komuniti khasnya luar bandar terhadap kepentingan pengetahuan teknologi maklumat disemua peringkat golongan khasnya golongan dewasa.
iii) Menggalakkan pembelajaran secara berkumpulan,perkongsian ilmu dan pengalaman
iv) Mendedahkan pembelajaran komputer yang jarang dipelajari di mana-mana institusi pembelajaran komputer.
v) Menyediakan aktiviti yang bermanfaat yang boleh dianjurkan oleh pihak komuniti seperti pertubuhan,persatuan,kelab, JKKK kampung serta pihak sekolah.
vi) Mempromosikan program PPIK yang tersedia ada di tempat yang berdekatan
vii) Menyedarkan komuniti akan kepentingan PPIK kepada seluruh masyarakat.
SEMINAR BENGKEL ICT
TEMPAT :D/A DEWAN SUNGAI ACHEH
JAM : 8.00 MALAM - 10.30MALAM
TARIKH : 15/11/2008
GAMBAR DIBAWAH SEMASA SEMINAR ICT BERLANGSUNG
seminar ict mendapat sambutan, lebih dari 80 orang yang
daftar pada malam seminar tersebut,tengok la ramai yang hadiir..
semangat sungguh !!!!
bengkel pun malam kan, mesti la mengantuk
kenapa bangku di depan ni kosong???hehehee
mungkin mereka takut kot kena tanya,
semua pakat dok belakang..hahahah
Terima kasih kepada semua yang hadir pada hari seminar ict pada malam itu,terharu saya tengok ramai yang menyokong saya, pada mulanya saya ingat malam tu tak ada orang yang datang....tunggu punya tunggu sampai pukul 8.30 tak ada orang, saya ingat saya dah gagal...tak pe sabarkan separuh daripada iman kita , jadi saya tawakal je la apa akan berlaku pada malam tu, jam pada masa tu hampir pukul 9.00 malam...Nasib baik la ada yang datang jugak,ada yang solat isyak dulu..maklum la saya pn lupa mula seminar tu awal sangat semangatla katakan...heheh..tapi al-hamdulilah ramai yang beri semangat kepada saya menjaya kan seminar pada malam teserbut,sebagai penghargaan kepada mereka yang hadir saya benarkan mereka melawat ppik saya ....secara percuma heheheh......apa-apa pun sekali lagi saya ucapkan ribuan terima kasih yang menyokong saya dan memberi semangat kepada saya untuk membangunakan modal insan dan merapat kan jurang ict yang kurang pendedehan... akhir kata "zaman dah maju,dunia dah berubah"
Posted by Mariaton Bibi at 5:40 AM 0 comments
SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH
SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH
Sungai Acheh adalah merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Nibong Tebal,Seberang Perai Selatan dimana ianya bersempadan dengan Negeri Perak. Penduduk kampung Sungai Acheh ini telah menceritakan bahawa asal kampung ini mendapat nama adalah daripada kesan kedatangan pedagang-pedagang dari Aceh,Sumatera Barat Indonesia.
Mengikut cerita orang tua-tua,tempat ini kawasan pendaratan orang Aceh pada awal 1990. Bukti penempatan orang Aceh seperti kehadiaran hiasan bunga kerrawang dari negara jiran itu jelas mengukhuhkan cerita berkenaan.
Kesan daripada kedatangan pedagang-pedagang Aceh yang sering ulang –alik untuk berniaga dan juga sesetengah daripadanya yang berkhawin dengan penduduk kampung ini. Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “SUNGAI ACHEH “ ini adalah kerana sebagai menghargai jasa baik dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedangang-pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.
Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pedagang-pedagang ini telah karam di dasar sungai. Akibat daripada kesan permulihan jangka panjang tongkang tersebut telah di biarkan begitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak. Selain dari kampung Sungai Acheh,ada lagi kampung –kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulanya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Bakau, Sungai udang, Sungai Air Hitam, dan Sungai Chenaam. Kesemua kampung-kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan kampung Sungai Acheh.
Posted by Mariaton Bibi at 4:40 AM 0 comments
Thursday, November 6, 2008
AKTIVITI KOMUNITI (PETA DESA) SUNGAI ACHEH
PETA DESA
Objektif :
memahami desa sendiri dari segi masalah, potensi,sumber dan lain-lain.
mendapat gambaran mengenai peranan,hubungan dan interaksi antara individual atau kelompok dengan warga kampung, memahami dari segi informasi dan berkomunikasi di dalam komunti setempat.
AKTIVITI KOMUNITI PETA DESA
TEMPAT : D/A DEWAN MASYARAKAT
PERDA SUNGAI ACEHEH
JAM : 2.00 PETANG - 4.00 PETANG
TARIKH : 23/10/2008 ( KHAMIS )
GAMBAR DIBAWAH MENUNJUKKAN AKTIVITI SEDANG DI JALANKAN:
nampak macam khusyuk je meraka ni...
tak pandang kamera... heheh
kepada salah seorang perserta)
TAHNIAH!!!!! saya ucapkan kepada penduduk kampung Sungai Acheh kerana telah menunjukkan komitmen dan sudi meluangkan masa bersama-sama membuat peta desa,disamping itu mereka juga dapat mengiratkan silatulrahim antara satu sama lain dan mereka dapat berkomunikasi sesama mereka....SYABASSSS!!!!!!
Posted by Mariaton Bibi at 5:36 AM 0 comments
Ppik Sungai Acheh
Posted by Mariaton Bibi at 12:03 AM 1 comments
Subscribe to:
Posts (Atom)