CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 24, 2008

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH

SEJARAH KAMPUNG SUNGAI ACHEH

Sungai Acheh adalah merupakan salah sebuah kampung yang terletak di Daerah Nibong Tebal,Seberang Perai Selatan dimana ianya bersempadan dengan Negeri Perak. Penduduk kampung Sungai Acheh ini telah menceritakan bahawa asal kampung ini mendapat nama adalah daripada kesan kedatangan pedagang-pedagang dari Aceh,Sumatera Barat Indonesia.
Mengikut cerita orang tua-tua,tempat ini kawasan pendaratan orang Aceh pada awal 1990. Bukti penempatan orang Aceh seperti kehadiaran hiasan bunga kerrawang dari negara jiran itu jelas mengukhuhkan cerita berkenaan.

Kesan daripada kedatangan pedagang-pedagang Aceh yang sering ulang –alik untuk berniaga dan juga sesetengah daripadanya yang berkhawin dengan penduduk kampung ini. Maka mereka telah bersepakat untuk menamakan kampung tersebut dengan nama “SUNGAI ACHEH “ ini adalah kerana sebagai menghargai jasa baik dan tanda terima kasih penduduk kampung kepada pedangang-pedagang tersebut yang telah berjaya mempelbagaikan
kegiatan ekonomi yang ada seperti perniagaan dan pertanian.

Kesan sejarah juga dapat dilihat pada ketika itu yang mana tongkang yang dinaiki oleh pedagang-pedagang ini telah karam di dasar sungai. Akibat daripada kesan permulihan jangka panjang tongkang tersebut telah di biarkan begitu sahaja dan lenyap oleh arus pembangunan yang semakin banyak. Selain dari kampung Sungai Acheh,ada lagi kampung –kampung lain yang turut menggunakan perkataan “ SUNGAI” di permulanya antaranya adalah Sungai Setar, Sungai Bakau, Sungai udang, Sungai Air Hitam, dan Sungai Chenaam. Kesemua kampung-kampung ini adalah merupakan kampung yang hampir dengan kampung Sungai Acheh.

0 comments: